Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Sept – Sempena dengan ulang tahunnya yang ke-11, Cooltones dengan kerjasama NBT Toyota Brunei, Progresif Cellular, Marrybrown, Segar Mart, Tye Shop, Kompleks Annajat, Hotel Wafa, Shahryza Bunut Petrol Station dan AKK Design melancarkan Kuiz SMS Vios.
Kuiz yang dilancarkan di Bilik Pameran Toyota NBT, Gadong memberi peluang kepada orang ramai untuk memenangi sebuah kereta Toyota Vios baharu sebagai hadiah utama.
Pelanggan hanya perlu menghantar pesanan ringkas dengan menaip ‘VIOS START’ ke talian 38833 dan mengaktifkan Cooltones yang hanya dibukakan kepada pelanggan Progresif sahaja.
Pengarah Urusan Modasys, Haji Mohd Fawzi bin Haji Zainal Abidin mengatakan, kuiz tersebut akan berjalan selama enam bulan bermula September 2018 hingga Februari 2019.
Menurut beliau, pelbagai hadiah lain yang boleh dimenangi termasuk telefon pintar, penerbangan ke Kuala Lumpur atau Singapura, hamper, baucar MarryBrown, kupon kedai tayar, dua malam penginapan di Hotel Wafa, baucar petrol $10, kad tambah nilai Progresif dan banyak lagi.
Tambahan lagi, setiap pemain akan diberikan baucar $1 dari Marrybrown bagi setiap SMS dihantar yang boleh diambil melalui cawangan-cawangan Marrybrown di Bandar Seri Begawan dan Jerudong Park.