Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Peluang menghayati Al-Quran di UNISSA

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JUN – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat dengan kerjasama Fakulti Usuluddin kini menawarkan Program

    Tadabbur Al-Quran untuk orang ramai bagi sesi Ogos 2022M secara dalam talian.
    Menurut UNISSA, program akan diadakan bermula 14 Ogos selama enam minggu iaitu setiap Ahad, bermula 8:30 pagi hingga 10 pagi di mana modul yang ditawarkan ialah modul Surah Al-Qiyamah dan Al-Insan.

    Antara tujuan program berkenaan diadakan adalah untuk membimbing masyarakat awam dalam memberikan kefahaman dan penghayatan kepada Al-Quran melalui rujukan dan kitab-kitab tafsir yang muktabar.

    Ini selaras dengan konsep Negara Zikir dan rakyat celik Al-Quran sepertimana yang dihasratkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

    Orang ramai yang ingin mendaftar boleh melayari pautan https://bit.ly/PTQC4L dengan tarikh akhir pendaftaran adalah pada 23 Julai pukul 4:30 petang.

    Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang UNISSA.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...