Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Peluang Nafuzi bersama TFC masih terbuka

    KUALA NERUS, 16 SEPT – Kerajaan negeri belum menerima sebarang cadangan daripada pihak pengurusan tertinggi Terengganu FC Sdn Bhd berhubung calon ketua jurulatih yang akan membimbing skuad Penyu musim depan.

    Justeru, peluang untuk Nafuzi Zain kekal membimbing pasukan itu masih ada dan terbuka untuk rundingan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Wan Sukairi Wan Abdullah. Wan Sukairi berkata sebagai pihak berkepentingan dan ahli lembaga pengarah dalam organisasi itu, pihaknya sentiasa menilai dan memantau dari dekat perkembangan pasukan Terengganu FC (TFC).

    “Sebagai ahli lembaga pengarah, kami membuat keputusan (calon ketua jurulatih) berdasarkan cadangan daripada barisan pengurusan yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Ab Rasid Jusoh.

    “Kita beri peluang dulu kepada pihak pengurusan untuk kemukakan apa-apa cadangan berserta justifikasi. Selepas itu kita akan bincang dan buat keputusan terbaik,” katanya kepada pemberita di sini. 

    Beliau mengulas demikian ketika ditanya mengenai calon ketua jurulatih TFC musim depan selepas Nafuzi memberi bayangan akan beralih angin ke destinasi baharu memandangkan tiada tawaran lanjutan kontrak daripada majikannya sekarang. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...