Wednesday, April 17, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Peluang naikkan imej Wales

    DOHA, 20 NOV – Menteri Pertama Wales, Mark Drakeford berkata bahawa kemunculan pertama Wales sejak 64 tahun lalu akan meletakkan negaranya di peta antarabangsa dan merupakan perkara yang lebih besar daripada sukan.

    Negara yang mempunyai 3.2 juta penduduk itu hanya layak mara ke Piala Dunia pada tahun 1958. Namun, di bawah pimpinan bekas pemain Real Madrid, Gareth Bale, mereka kini kembali ke pentas paling berprestij itu.

    Perlawanan pembukaan mereka di Qatar adalah menentang Amerika Syarikat pada Isnin, diikuti Iran dan England dalam Kumpulan B.

    Ahli politik tertinggi Wales, Drakeford berkata kepada AFP di Doha bahawa perkara ini merupakan sesuatu yang lebih besar daripada sukan.

    “Ia menunjukkan bagaimana negara damit mampu berada di pentas antarabangsa.
    “Piala Dunia ini akan ditonton oleh lebih lima bilion isi rumah di seluruh pelosok dunia dan ramai di antara mereka tidak pernah mengetahui mengenai Wales.

    “Jadi ini adalah satu peluang terbesar untuk menaikkan imej Wales supaya orang ramai memahami bahawa di United Kingdom, terdapat empat negara berbeza, setiap satunya mempunyai identiti dan sejarah yang tersendiri.

    “Ini adalah peluang yang sangat besar.”

    Drakeford menambah dalam sebuah negara yang mempunyai warisan sukan, terutamanya dalam ragbi, berpeluang bermain sekali lagi dalam Piala Dunia merupakan satu penghargaan dan kebanggaan dalam sejarah sukan Wales. – AFP

    Drakeford (dua dari kiri) bertemu para pemain dan pegawai semasa sesi latihan di Al Saad SC di Doha. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...