Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Peluang nikmati buah dari Taiwan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JUN – Tidak dapat disangkal lagi bahawa Taiwan merupakan pengeluar buah yang menghasilkan pelbagai jenis buah-buahan segar lagi berkhasiat untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat dan peringkat umur.

    Iklim Taiwan yang sederhana ditambah lagi dengan cuaca yang sesuai untuk pertumbuhan pelbagai buah yang enak menjadikan buah-buahan yang dihasilkan di Taiwan berkualiti tinggi, sebanding dengan negara pengeluar buah-buahan lainnya.

    Penggemar buah di Brunei juga berpeluang menikmati buah-buahan dari Taiwan tanpa membuat perjalanan jauh di mana S&W Enterprise mengimport beberapa jenis buah ke negara ini.

    Antara buah-buahan yang didatangkan dari Taiwan adalah betik, nanas, ubi manis, tembikai, pisang, jambu batu, buah mandarin, buah nona, mangga Irwin dan buah markisah.

    Buah-buahan yang didatangkan khas dari Taiwan itu boleh didapati di Supa Save, Hua Ho Department Store, Maju Grocer Supermarket, Fayze Department Store, Soon Lee Supermarket, Sim Kim Huat Department Store, Jaya Hypermart Department Store, Pasar Raya Rimba sehingga 3 Jun.

    Antara buah-buahan yang dikeluarkan oleh Taiwan dan boleh didapati di beberapa pasar raya sehingga 3 Jun.

    Buah-buahan dari Taiwan selalunya menjadi pilihan ramai kerana beberapa faktor, antaranya pengeluar papaya Taiwan menghasilkan buah-buahan yang berkualiti tinggi, manis, dengan kandungan nutrisi luar biasa yang boleh berfungsi sebagai bahagian terbaik dalam diet pemakanan tinggi untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

    Di samping itu, nanas mempunyai lebih daripada 90 jenis di Taiwan, manakala itu, ubi manis yang ditanam hampir di mana-mana di Taiwan adalah berkualiti tinggi dan segar, sesuai untuk dijadikan sebahagian daripada hidangan ketika memasak dan untuk pemprosesan.

    Taiwan juga digelar sebagai Kingdom of Fruit di mana menurut Majlis Pertanian, Taiwan menghasilkan buah-buahan bernilai NT$60 bilion setiap tahun, yang mana tembikai menyumbang lebih daripada NT$3 bilion.

    Pisang adalah salah satu daripada tanaman buah-buahan yang dihasilkan di Taiwan dan telah menjadi bahagian penting dalam pertanian di sana, kerana ia adalah buah kegemaran ramai.

    Jambu batu Taiwan menjadi sangat popular setiap tahun dalam kalangan petani kerana ia berbuah dengan dua musim tuaian setiap tahun, sekali dari Mac hingga April dan sekali lagi dari Julai hingga Ogos.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...