Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Para penggemar makanan Turkiye atau bagi mereka yang ingin merasa sendiri hidangan istimewa negara itu, kini boleh menghadiri Festival Minggu Kebudayaan dan Kulinari Turkiye yang sedang berlangsung di Hotel Radisson di ibu negara hingga 5 November.
Festival berkenaan menawarkan pelbagai jenis makanan istimewa yang disediakan secara eksklusif oleh cef yang didatangkan khas dari Turkiye, Cef Adem Can.
Antara sajian utama yang menarik perhatian ramai ialah Turkish Kebab yang menggunakan daging yang diperap selama tiga hari bagi memberikan rasa sensasi.
Di samping itu, pelbagai makanan lainnya juga boleh didapati daripada pembuka selera, hidangan utama, dan pencuci mulut.