Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Peluang nikmati makanan Jepun

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JAN – Para penggemar kulinari Jepun kini berpeluang untuk merasai makanan Jepun di sebuah restoran baharu yang dikenali sebagai Azuma Sushi terletak di Kompleks Membeli-belah Times Square di Berakas.

    Azuma Sushi merupakan sebuah restoran francais yang tidak asing lagi di rantau Asia ini di bawah Edo Ichi Group of Restaurants.

    Pelbagai pencapaian membanggakan telah diperoleh oleh jenama Edo Ichi Group sejak ia mula ditubuhkan.

    Ia juga mendapat pelbagai pengiktirafan sama ada di peringkat serantau dan antarabangsa yang jelas menggambarkan kekuatan jenama restoran yang berada di bawahnya, bagi kualiti serta tahap perkhidmatan yang ditawarkan kepada para pelanggannya.

    Francais pertama di Brunei tersebut merupakan versi cawangan yang paling premium berbanding cawangannya yang sebelumnya dengan turut menawarkan dua bilik VIP yang boleh memuatkan seramai 10 hingga 12 orang pelanggan pada satu masa yang direka khas untuk keselesaan pelanggan.

    Dengan rekaan dalaman yang moden membuatkan para pelanggan berasa selesa ditambah lagi dengan penyajian makanan yang menggunakan bahan segar dan berkualiti tinggi yang tidak akan mengecewakan pencinta makanan Jepun di negara ini.

    Restoran yang akan dibuka rasmi pada pagi esok itu boleh memuatkan lebih 100 orang pelanggan dalam satu masa.

    Kakitangan Azuma Sushi semasa menyajikan hidangan bagi pelanggan mereka.
    Antara sajian makanan yang ditawarkan di Azuma Sushi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...