BANDAR SERI BEGAWAN, 4 FEB – Untuk memberi peluang kepada pelajar institusi pengajian tinggi dari dalam dan luar negara menyuarakan pendapat dan idea-idea mereka untuk kemajuan dan pembangunan negara, satu sesi dialog belia bersama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) akan diadakan pada 8 Februari ini di Auditorium, Bangunan MMN.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dialog dari 9 hingga 11 pagi itu akan dihadiri oleh Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman, Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ash’ari dan Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.
Para pelajar yang berminat untuk menyertai bolehlah mendaftar melalui http://bit.ly/legcohei2020 yang mana tempat duduk adalah terhad. Bagi sebarang pertanyaan bolehlah meng-hubungi talian 8114194 (Adibah).




























