Friday, December 1, 2023
29.6 C
Brunei

    -

    Peluang pelajari sukan memanah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Seramai 30 ahli Persatuan Belia Kampung Lambak (PERBEKAL) berpeluang mempelajari mengenai sukan memanah semasa lawatan ke Pusat Akademi Sukan Memanah Ar Rafi (PASMA) di Kampung Jangsak Kilanas, kelmarin.

    Lawatan diketuai oleh Yang Dipertua PERBEKAL, Pengiran Haji Nordin bin Pengiran Haji Mahmud dan dialu-alukan oleh Pengerusi PASMA, Pengiran Haji Radno bin Pengiran Haji Mohd Tahir serta perwakilan Kedutaan Turkiye di Negara Brunei Darussalam.

    Aktiviti sukan memanah akan dijadikan sukan berkala ahli-ahli persatuan itu dan berharap untuk menjadikannya sebagai sukan yang diminati oleh orang ramai khusus ahli-ahli PERBEKAL.

    Semasa lawatan, rombongan mendengarkan taklimat mengenai sukan berkenaan dan berkesempatan untuk mencuba menggunakan peralatan sukan tersebut. Turut menyertai ialah Ketua Kampung Lambak B selaku Pengerusi Berterusan, Pengiran Jofri bin Pengiran Haji Zaidi; Timbalan Yang Dipertua PERBEKAL, Pengiran Mahari bin Pengiran Haji Mohd Tahir dan Naib Yang Dipertua, Dayang Siti Seriana binti Haji Mohd Yusof.

    Ahli-ahli PERBEKAL bergambar ramai semasa lawatan ke PASMA, baru-baru ini. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Semakin ramai pelajar Korea mahu jadi doktor kerana gaji tinggi

    SEOUL, 1 DIS - Pendapatan tinggi telah menjadi sebab utama pelajar sekolah rendah dan menengah di Korea Selatan memilih menjadi doktor perubatan sebagai laluan...