Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Peluang praktikkan kursus dakwah

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Nadi Al-Qawi Al-Amin dengan kerjasama Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2023/2024 Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dengan sokongan Pusat Dakwah Islamiah (PDI) telah me-ngadakan Program Mukhayyam Islamiy di Kampung Merangking, Daerah Belait.

    Program dua hari hingga kelmarin itu bertujuan untuk memberikan peluang kepada peserta mempraktikkan kursus dalam kuliah khususnya berkaitan dakwah dan pengucapan umum di medan dan lapangan sebenar.

    Di samping itu, ia juga diadakan untuk melahirkan generasi belia yang berkemahiran dalam berdakwah dan pengucapan umum, serta belia yang berpotensi dan cemerlang untuk menjadi seorang pemimpin Muslim pada masa akan datang.

    Ia juga membukakan peluang untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan dan sektor swasta, bahkan dengan persatuan-persatuan dan agensi bukan kerajaan dan banyak lagi.

    Antara matlamat program adalah untuk menyampaikan syiar dan pendidikan Islam secara jelas kepada masyarakat khususnya saudara-saudara baharu dan untuk meningkatkan kesedaran akan pentingnya sifat pemedulian kepada mereka yang memerlukan dan memberikan manfaat kepada masyarakat dari segi ilmu pengetahuan, tenaga dan sebagainya.

    Gambar ramai peserta yang menghadiri Program Mukhayyam Islamiy di Kampung Merangking, Daerah Belait.- Gambar serahan KUPU SB

    Program telah diselitkan dengan pelbagai aktiviti bermanfaat seperti klinik Al-Fatihah, aktiviti bimbingan seperti mengajar tatacara berwuduk dan sembahyang, aktiviti kemasyarakatan dan kreativiti seperti memasak kelupis, ayam pansuh dan bergotong-royong membersihkan kawasan balai ibadat.

    Selepas maghrib pula, acara diteruskan dengan Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan diikuti dengan Dikir Maulud Nabi Muhammad SAW.

    Hari kedua pula dimulakan dengan qiyamullail dan tazkirah subuh, sebelum diceriakan dengan aktiviti senamrobik, brisk walk dan aktiviti kemasyarakatan.

    Program diakhiri dengan majlis penutup di Balai Ibadat Kampung Merangking yang dihadiri oleh Raes KUPU SB, Dr Haji Adanan bin Haji Basar.

    Majlis menyaksikan penyampaian sijil dan sumbangan kepada peserta mualaf serta penyampaian cenderahati kepada Imam Balai Ibadat Kampung Merangking dan Ketua Kampung Merangking.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...