Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluang saksikan Arsenal, PSG

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Bank Baiduri dengan kerjasama UnionPay telah melancarkan Promosi ‘Top Spender’ di mana pemegang kad UnionPay Baiduri berpeluang memenangi pakej pelancongan untuk dua orang bagi menyaksikan perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa antara Arsenal dan Paris Saint-Germain (PSG) di Singapura.

    Untuk menyertainya, pemegang kad Baiduri hanya perlu menggunakan Kad Debit UnionPay Baiduri bagi pembelian dan mengumpulkan perbelanjaan sebanyak mungkin bermula Mei ini.

    Bank Baiduri menjelaskan, Piala Juara-Juara Antarabangsa adalah perlawanan sebelum permulaan musim global yang ditonton oleh 140 juta orang dari 170 buah negara di seluruh dunia.

    Piala Juara-Juara Antarabangsa 2017 di Singapura telah menghimpunkan lebih 100,000 orang peminat bola sepak dari seluruh dunia di Stadium Negara semasa lima hari perlawanan. Tahun ini, di samping Arsenal dan PSG, Atletico de Madrid juga akan ikut serta.

    Kenyataan juga menyatakan bahawa Bank Baiduri adalah satu-satunya bank yang memegang francais UnionPay di Brunei. UnionPay adalah rangkaian pembayaran global yang mempunyai pemegang kad terbesar di dunia.

    Dengan lebih daripada tujuh bilion kad UnionPay dikeluarkan di 48 buah negara dan rantau, lebih 51 juta perniagaan dan 2.57 juta ATM menerima jenama UnionPay di 168 buah negara dan rantau di seluruh dunia, ia adalah salah satu rangkaian pembayaran paling pantas berkembang di dunia.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda