Thursday, January 16, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluang sertai Cabaran Curtin Croc

    MIRI, 28 Jun – Berikutan kejayaan ‘Cabaran Curtin Croc’ tahun lalu, Universiti Curtin Malaysia (Curtin Malaysia) sekali lagi akan mengadakan cabaran seumpamanya buat kali ketiga dengan tema ikonik reka bentuk buaya sebagai sebahagian Karnival Curtin Malaysia pada 25 Ogos depan.

    Menurut kenyataan yang diterima, Cabaran Curtin Croc 2.0 tahun lalu menyaksikan 26 pasukan mempamerkan reka bentuk sistem inovatif tinggi bagi meraih kedudukan dan wang tunai, menarik ramai pengunjung memenuhi venue bagi menyaksikan penyertaan pasukan dan menyokong pasukan pilihan mereka.

    Cabaran tersebut adalah untuk menggalakkan pemikiran kritis di kalangan pelajar sekolah menengah dengan menggunakan kes studi sebenar dan telah menarik para peserta untuk menggunakan alat elektronik mudah dan programming asas untuk mengesan kehadiran buaya, menyediakan sistem penggera pencerobohan dan perangkap buaya bagi penempatan semula.

    Cabaran tahun ini dengan tema ‘Perangkap Pintar’ dianjurkan oleh Pejabat Penyelidikan dan Pembangunan universiti berkenaan, dengan sokongan daripada Jabatan Komputer Kejuruteraan bersama Institusi Kejuruteraan Malaysia, Miri Branch (IEM) dan Sarawak Forestry Corporation.

    Para peserta membentangkan rekaan mereka kepada pengadil pada cabaran tahun lalu.

    Penyertaan dibukakan kepada pelajar dari negara Brunei Darussalam dan Sabah bersama seorang penyelia pasukan dan setiap penyertaan adalah percuma bagi merebut hadiah keseluruhan bernilai RM3,500 termasuk beberapa hadiah lain.

    Dalam pertandingan kali ini, para peserta akan menyelidiki mekatronik dan penderiaan elektronik untuk mereka bentuk skala ‘perangkap pintar’ untuk menangkap buaya bagi penempatan semula. Sebagai tambahan kepada programming asas dan komponen utama akan turut disediakan termasuk mikrokontroler sensor, pengawalan motor dan sebagainya untuk membangunkan prototaip.

    Sehubungan itu, mereka yang berminat bolehlah menghubungi Serena May Robinson bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut mengenai pertandingan yang dianjurkan oleh Curtin Malaysia kali ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda