Thursday, April 24, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluang sertai kejohanan amal skuasy

    Oleh Imelda Groves HA

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Okt – Persatuan Raket Skuasy Brunei (BSRA) akan menganjurkan kejohanan amal ‘Play for Sulawesi’ dari 16 hingga 18 November ini.

    Menurut pihak penganjur dalam kenyataannya hari ini, pendaftaran dibuka dari sekarang sehingga 7 November dan orang ramai dialu-alukan untuk mengambil bahagian sambil beramal.

    Yuran pendaftaran adalah $20 dan 100 peratus akan disumbangkan kepada‘Dana Kemanusiaan Bencana Sulawesi’. Mana-mana peserta yang ingin menyumbangkan lebih daripada yuran yang telah ditetapkan juga dialu-alukan untuk berbuat demikian.

    Borang penyertaan kejohanan amal ini boleh diperoleh dari kaunter tiket di Pusat Skuasy, Kompleks Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda