BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Ogos – Persekutuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD) membuka pendaftaran bagi Kejohanan Bawah 12 tahun (B-12) seluruh negara, yang akan dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Veteran (VFA) dan Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan bulan depan.
Dirancang pada 3 hingga 10 September, kejohanan 7-sepasukan di tempoh cuti sekolah itu akan diadakan sekali di setiap daerah kecuali Brunei dan Muara, yang akan dihoskan sebanyak dua kali sebelum final 10 September.
Kejohanan itu akan memulakan sepak mula di padang Arena Seria pada 3 September sebelum berpindah ke NFABD House pada 5 September. Kompleks sukan Tutong akan menjadi hos bagi kejohanan seluruh daerah pada 6 September sebelum ia kembali berpindah ke Brunei Muara dan NFABD House pada 7 September. Edisi Temburong akan diadakan di Kompleks Sukan Batu Apoi pada 8 September sebelum final kejohanan pada 10 September di NFABD House.
Padang di setiap venue akan dibahagikan kepada empat, dan sepak mula akan diadakan berterusan di keempat-empat padang mini itu.
Matlamat kejohanan ini adalah mencari kumpulan pemain untuk dijadikan kelab belia bagi kejohanan di masa depan, serta mencari pemain-pemain untuk diserapkan ke program elit NFABD. Kejohanan itu terbuka untuk semua pasukan yang datang dari kelab-kelab belia, sekolah atau masyarakat di negara ini.
Pendaftaran terbuka kepada pemain yang dilahirkan pada tahun 2005 dan seterusnya, dan kesemua pasukan terdiri daripada 12 orang pemain, yang termasuk dua penjaga gol. Maksimum pasukan yang dapat menyertai kejohanan itu adalah 16 pasukan, dengan pemenang dan tempat kedua akan mara ke final pada 10 September. Orang ramai boleh menghubungi NFABD di talian 2380047, setiausaha agung VFA, Jabar Ithnin (8820062) atau Lim Hock Siong dari Jabatan Pendidikan Kokurikulum (8188621) dan Mohd Firafadzli Adini Haji Abdul Ghani (8652143) untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Borang kemasukan boleh didapati di laman sesawang NFABD dan perlu dikembalikan ke NFABD House tidak lewat dari tarikh 31 Ogos jam 4 petang.