Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluang sertai perlumbaan basikal

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 6 Ogos – Bagi memeriahkan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-72 Tahun, satu perlumbaan basikal gunung akan diadakan Ahad ini, yang akan bermula dari kawasan Jabatan Perhutanan, Sungai Liang, di sini.

    Acara perlumbaan yang julung kali diadakan itu dianjurkan oleh Jabatan Daerah bersama Jabatan Perhutanan Belait dan Kelab Basikal Belait, membukakan enam kategori iaitu Kategori Elit; Kategori Terbuka Lelaki berusia 16 tahun hingga 39 tahun; Kategori Master, 40 hingga 49 tahun; Kategori Veteran, 50 tahun ke atas dan Kategori Heavy weight bagi peserta seberat 90kg ke atas.

    Ia adalah bertujuan untuk menggalakkan orang ramai mengamalkan cara hidup yang sihat dengan menyertai kegiatan sukan secara berterusan, di samping meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan di kalangan masyarakat khususnya di daerah itu.

    Bagi peserta yang berminat untuk menyertai aktiviti tersebut, orang ramai bolehlah mendapatkan borang penyertaan di Kedai Geotrax Bike, Sungai Liang, ataupun dari Kelab Basikal Belait. Manakala tarikh akhir bagi menghantar borang tersebut ialah pada 10 Ogos ini, jam 4 petang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda