Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Peluang sertai Ujian Tasmie’ Menghafaz Al-Quran

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV – Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama selaku Urus Setia Lembaga Tasmie’ Menghafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Ujian Tasmie’ Menghafaz Al-Quran yang dibukakan pada penghujung bulan Januari 2023, yang mana dibukakan kepada warganegara Brunei dan penduduk tetap sahaja.

    Menurut kenyataan, permohonan tersebut boleh dihadapkan secara dalam talian melalui pautan di weblog dan media sosial urus setia melalui akaun Facebook Ujian Tasmie Menghafaz Al-Quran, atau akaun Facebook Urus Setia Ujian Tasmie’ Hafaz Quran NBD, atau akaun Instagram PPPQ MABIMS (official). Permohonan ujian tasmie’ telah dibuka mulai hari ini, manakala tarikh tutup permohonan pada hari Rabu, 6 Jamadilawal 1444H bersamaan 30 November 2022M.

    Untuk keterangan lebih lanjut boleh menghubungi Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS di talian 2237512.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...