Sunday, December 4, 2022
25.9 C
Brunei

-

Peluang tempah plat khas Jubli Emas sebelum 8 Julai

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jun – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) akan mengeluarkan plat bilangan pendaftaran kenderaan abjad jubli emas khas sempena Sambutan Jubli Emas 50 tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki takhta.

Sebanyak 117 Golden Number sahaja akan dikeluarkan melalui proses tender tertutup (closed tender). Sehubungan dengan itu, tender tertutup bagi plat bilang pendaftaran kenderaan abjad jubli emas khas berkenaan akan berakhir dalam tempoh seminggu lagi iaitu pada 8 Julai pada pukul 2 petang.

Menurut kenyataan JPD, plat bilangan pendaftaran kenderaan keluaran khas itu akan dikeluarkan seperti berikut iaitu Jubli Emas 1 hingga 99, Jubli Emas 100, 200, 300, 400, 500, 600, 700, 800, 900 dan Jubli Emas, 111, 222, 333, 444, 555, 666, 777, 888, 999.

Kenyataan menyatakan lagi bahawa tawaran minimum adalah sebanyak $2,000 sahaja yang hanya akan dibayar dalam tempoh enam bulan selepas menerima surat pemberitahuan tawaran berjaya.

Kenyataan menjelaskan bahawa selain daripada itu, syarat-syarat lain bagi keluaran bilang pendaftaran edisi khas itu adalah mengikut seperti lazimnya yang berjalan pada masa ini.p02-1_20170701

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -