Peluang terbaik untuk penjaga gol muda

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Berita baik kepada semua penjaga gawang tempatan yang berusia di antara enam hingga 16 tahun kerana tidak lama lagi Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD) akan menerima lawatan daripada jurulatih penjaga gawang, Suzuki Daichi.

Suzuki Daichi merupakan jurulatih penjaga gawang bagi Pasukan Zaspa Kusatsu di Liga Jepun (Liga-J).

Latihan berkenaan dijangka akan berlangsung pada pagi hari Ahad 22 Oktober 2017 di Padang Sintetik NFABD bermula jam 7 pagi.

Para peserta perlu membuat pendaftaran kepada Jabatan Teknikal menerusi Awang Izzat, selain menyertakan maklumat tambahan seperti kelab, nombor telefon, usia dan tarikh lahir dan beberapa maklumat lain serta mengenakan pakaian latihan yang lengkap.

Pendaftaran berakhir pada 20 Oktober 2017 pada hari Jumaat jam 11 pagi dan kepada para jurulatih yang berminat dialu-alukan untuk menghadiri sesi latihan bagi meninjau sesi berkenaan.