Thursday, October 10, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluang tingkat kemahiran ragbi

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Okt – Seramai 15 pelajar Brunei di bawah Program JENESYS 2017 akan dihantar ke Jepun untuk mengikuti Program Pertukaran Belia Ragbi Japan-ASEAN bermula 10 hingga 16 Oktober ini.

    Program yang direka oleh ASEC dan kerajaan Jepun dengan bantuan dan kerjasama Japan Rugby Football Union, diharap akan dapat meningkatkan minat dalam sukan ragbi di kalangan negara-negara Asia menjelang penganjuran Piala Dunia Ragbi 2019 di Jepun nanti.

    Para peserta JENESYS 2017 dari Brunei dan negara Asia lainnya akan mengikuti aktiviti sukan ‘Tag Rugby’ bersama pelajar-pelajar Jepun dalam mempelajari ragbi, menyaksikan perlawanan sukan ragbi, mengikuti kursus, lawatan, pengalaman kebudayaan dan sesi laporan keseluruhan aktiviti.

    Dalam satu majlis perhimpunan yang berlangsung di Kedutaan Jepun, Kampung Kiarong, Duta Besar Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Motohiko Kato menyampaikan ucapan tahniah kepada para pelajar yang terpilih dan akan pulang ke negara dengan penuh keyakinan menjadi pemain ragbi berkemahiran.

    Motohiko Kato dan Dr. Haji Kamaruddin bergambar bersama para peserta yang terpilih bagi mengikuti Program Pertukaran Belia Ragbi Japan-ASEAN di Jepun.

    “Ini adalah program penting kerana Jepun akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Ragbi 2019 dan diikuti dengan tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 2020, saya berharap lebih banyak belia Brunei melawat Jepun dan mempunyai rakan baru di sana.”

    Sebagai duta dan wakil bagi Negara Brunei Darussalam, disiplin adalah paling utama untuk dijaga semasa berada di Jepun, nasihat daripada Presiden Kesatuan Ragbi Brunei, Dr. Haji Kamaruddin bin Dato Seri Paduka Haji Talib yang turut menghadiri majlis tersebut.

    Beliau menambah, “semoga mendapat kemahiran serta pengalaman baru dan berkongsi pengalaman kepada rakan-rakan yang lain.”

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda