Peluang tingkat sosioekonomi penduduk kampung

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

TEMBURONG, 17 NOV – Dalam usaha mengembang majukan sosioekonomi masyarakat, Bahagian Institusi Mukim dan Kampung, Jabatan Daerah Temburong telah mengendalikan Carboot Sales Vaganza.

Pada acara yang diadakan di kawasan Dermaga Pekan Bangar dan Ruang Legar, Kompleks Utama Bumiputera itu, Biro Wanita, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Rataie, Mukim Bokok turut mengadakan Peraduan Masakan Inspirasi 1K1P Mee Senukoh dan Ambuyat.

Hadir selaku tetamu kehormat pada acara tersebut ialah Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Awang Abdul Ghani bin Haji Othman.

Turut hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Emran bin Haji Sabtu dan Penolong Pegawai Daerah Temburong, Awang Mohamad Khairul Shahrul bin Haji Duahim.

Antara objektif acara berkenaan adalah untuk memartabatkan lagi produk 1K1P dan mengerak aktifkan majlis perundingan kampung selain sebagai usaha untuk mengembang majukan dan memberikan peluang kepada penduduk setempat bagi meningkatkan sosioekonomi mereka.

Awang Abdul Ghani (kanan) bersama isteri meninjau secara dekat Peraduan Masakan Inspirasi 1K1P Mee Senukoh dan Ambuyat.