Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Peluang tipis Jepun anjur Piala Asia 2023

    TOKYO, 13 JULAI – Ketua bola sepak Jepun kelmarin berkata bahawa terdapat ‘peluang tipis’ mereka akan membuat bidaan untuk menggantikan China sebagai tuan rumah Piala Asia tahun hadapan.

    Sementara itu, Korea Selatan telah pun mengemukakan bidaan mereka secara rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi menganjurkan pertandingan yang dijadualkan pada Jun dan Julai 2023 itu.

    Ketika ditanya sama ada Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) merancang untuk membida, pengarah teknikal JFA, Yasuharu Sorimachi memberitahu pemberita bahawa mereka masih mempertimbangkannya.

    China sepatutnya menjadi tuan rumah bagi kejohanan tersebut tetapi menarik diri pada Mei disebabkan cabaran berkaitan strategi ketat sifar-COVID negara itu.

    AFC pada masa sama membuka bidaan baharu kepada mana-mana negara yang ingin menjadi sebagai penganjur pertandingan itu serta menetapkan tarikh akhir bidaan pada 30 Jun, yang kemudiannya dilanjutkan sehingga 15 Julai.

    Jepun, yang pernah memenangi Piala Asia empat kali, kali terakhir menjadi tuan rumah kejohanan tersebut pada 1992. Manakala Korea Selatan tidak pernah menjadi tuan rumah Piala Asia sejak 1960. Sekatan COVID telah mendorong China untuk tidak turut serta dalam menganjurkan sukan global. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...