Monday, May 12, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluang United pintas City

    LONDON, 26 April – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mempunyai peluang untuk menghasilkan satu kemenangan penting ke atas pesaingnya Pep Guardiola apabila pasukannya membuat kunjungan ke Manchester City Jumaat ini.

    Guardiola muncul pemenang dalam pada bulan September lepas apabila dia dan Mourinho meneruskan permusuhan mereka dalam Liga Perdana, kedua-duanya menjadi pengurus di kelab baru, dan pada umumnya merasakan mempunyai impak yang lebih besar berbanding warga Portugal tersebut di awal musim.

    Tetapi Guardiola bakal mengakhiri musim ini tanpa sebarang trofi selepas tewas kepada Arsenal dalam separuh akhir Piala FA, dan slot Liga Juara-Juara kemungkinan akan terlepas daripada genggamannya sekiranya United menang di Stadium Etihad.

    “Ia akan menjadi perlawanan terbesar musim ini,” ramal pemain tengah United, Ander Herrera.

    “Kami hanya satu mata di belakang mereka. Jika kami menang, kami mempunyai peluang untuk mengakhiri musim di empat teratas. Jika mereka menang, ia akan menjadi sukar.

    Gambar fail pada 26 Oktober 2016 menunjukkan pengurus Manchester City, Pep Guardiola (kiri), dan pengurus Manchester United, Jose Mourinho tersenyum menjelang perlawanan Piala Liga Inggeris di Old Trafford. – AP
    Gambar fail pada 26 Oktober 2016 menunjukkan pengurus Manchester City, Pep Guardiola (kiri), dan pengurus Manchester United, Jose Mourinho tersenyum menjelang perlawanan Piala Liga Inggeris di Old Trafford. – AP

    Mourinho sedar bahawa kemenangan akan memberikan Unitied kelebihan ke atas City dalam usaha melayakkan diri ke Liga Juara-Juara.

    United bergelut dengan konsistensi musim ini, seri lebih daripada 12 perlawanan, dan menghabiskan masa empat bulan di tangga keenam liga.

    Bagaimanapun, prospek mengakhiri musim dengan kejayaan kelihatannya semakin cerah.

    United sudah memenangi Piala Liga, berdepan dengan Celta Vigo dalam separuh akhir Liga Europa dan telah menunjukkan kemenangan bergaya 2-0 ke atas pendahulu liga Chelsea.

    Seandainya United mengelakkan kekalahan dalam perlawanan Jumat ini, mereka akan menyamai rekod tanpa kalah kelab dalam liga teratas, 24 perlawanan tanpa kalah pada musim 2010-11 yang dinikmati oleh pasukan United yang mengakhiri musim itu sebagai juara. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda