Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Peluang untuk Liverpool tebus kekecewaan

    LONDON, 26 OGOS – Liverpool terdesak untuk kembali mencatatkan kemenangan pertama di Liga Perdana Inggeris musim ini apabila mereka bertemu Bornemouth esok.

    Ketika prestasi Liverpool merudum, pendahulu liga Arsenal, yang akan menjadi tuan rumah kepada Fulham pada hujung minggu, muncul sebagai satu-satunya pasukan yang mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus selepas tiga perlawanan.

    Beberapa bulan lalu di mana mereka hampir meraikan empat kejuaraan, Liverpool secara mengejut dilihat terdedah setelah membuat permulaan terburuk dalam masa 10 tahun.

    Pasukan Jurgen Klopp terlepas kejuaraan liga kepada Manchester City pada hari terakhir, kemudian tewas di aksi akhir Liga Juara-Juara di tangan Real Madrid, membuatkan mereka hanya meraikan Piala FA dan Piala Liga sebagai hadiah sagu hati.

    Ketika ini, Liverpool, yang terjejas oleh kecederaan, berada dalam prestasi kurang memuaskan berbanding musim lalu.

    Terikat seri ketika menentang Fulham dan Crystal Palace disusuli dengan kekalahan mengejut 2-1 di tangan Manchester United, yang mengakhiri permulaan hambar dengan persembahan dinamik yang menghukum kecuaian pasukan Liverpool.

    Insiden James Milner menegur Virgil van Dijk selepas Jadon Sancho menjaringkan gol pembukaan buat United memberi bayangan tekanan yang menimpa pasukan Liverpool.

    Mereka tumpul di bahagian serangan tanpa kelibat Sadio Mane, yang kini berada di Bayern Munich, dan dengan Darwin Nunez yang digantung, Liverpool turut dilihat lemah di bahagian tengah dan pertahanan. – AFP

    Aksi Luis Diaz cuba melepaskan diri daripada kawalan pemain pertahanan Manchester United minggu lalu. Liverpool terdesak untuk kembali mencatatkan kemenangan pertama di musim ini apabila bertemu Bornemouth hari ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...