‘Peluang yang kritikal’

RIMBO, Sweden, 6 Dis – Rundingan antara kerajaan Yaman dan pemberontak, yang terlibat dalam peperangan yang berlarutan hampir empat tahun, membuka tirainya hari ini dan utusan khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Martin Griffiths menyifatkannya sebagai ‘peluang yang kritikal.’

“Beberapa hari mendatang, kita akan mempunyai peluang yang kritikal untuk memberikan momentum terhadap proses perdamaian,” beritahu Griffiths kepada para wartawan tatkala para delegasi berhimpun di Sweden.

“Terdapat cara untuk menyelesaikan konflik ini,” kata Griffiths dan menambah Majlis Keselamatan ‘bersatu’ dalam menyokong untuk resolusi bagi konflik tersebut.

“Ia akan selesai jika terdapat cara untuk membuatkannya ia terjadi.” Rundingan itu merupakan cubaan kali pertama dalam tempoh dua tahun bagi menamatkan konflik Yaman, yang telah mengorbankan kira-kira 10,000 orang sejak 2015 dan PBB menyifatkannya sebagai krisis kemanusian terburuk di dunia.

Kira-kira 14 juta orang berdepan risiko kebuluran di Yaman, menurut PBB, perang, kegagalan ekonomi dan penularan penyakit akan membawa negara itu seperti ‘tidak bermaya.’

Rundingan antara kerajaan Presiden Abedrabbo Mansour Hadi yang disokong Arab Saudi dan pemberontak Huthi, mengambil masa selama berbulan-bulan untuk rundingan itu terjadi di mana PBB telah menghantar utusan khas ke Sanaa secara peribadi mengiringi delegasi tersebut ke Sweden.

Ia akan dijadualkan berlangsung selama seminggu, menurut sumber PBB.

Menurut sumber terdekat dari pihak pejuang Huthi, pihak Huthi dijangka akan membuat permintaan untuk membuka semula Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa, yang telah musnah akibat serangan udara pimpinan Saudi dan ditutup oleh Riyadh dan sekutunya, yang juga mengawal ruang udara di Yaman. – AFP

Martin Griffiths (kanan) bersama menteri luar Sweden semasa menghadiri sidang media terbuka bagi rundingan damai Yaman di Johannesberg castle, Rimbo. – AFP