Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Pelukis Sudan guna teh dan kopi jadi warna

    KHARTOUM – Artis Sudan Mutaz al-Fateh mencipta gambar bertenaga dengan ramuan istimewa, cat yang digunakannya dibuat dengan warna yang diperoleh daripada serbuk kopi, daun teh dan kulit buah.

    “Saya mempunyai visi istimewa dalam seni,” kata lelaki berusia 39 tahun itu, dikelilingi oleh seni berbagai sumber yang digantung di dinding galerinya di ibu negara Khartoum. “Saya suka menggunakan bahan semula jadi.”

    Banyak lukisannya memaparkan warna yang diperoleh daripada buah pokok palma doum, dan buah yang dikisar daripada pokok baobab.

    Fateh telah menghabiskan kerjayanya mencipta segala-galanya daripada imej kehidupan seharian lelaki dan wanita Sudan dalam pakaian tradisional kepada lukisan abstrak.

    Dia berbangga dengan mengekstrak pigmen biru, ungu dan merah daripada daun bunga raya, warna coklat, kuning air dan emas daripada serbuk kopi, dan warna hitam dan kelabu daripada biji kurma.

    Artis Sudan Mutaz Al-Fateh bercakap tentang caranya mengekstrak warna daripada bahan semula jadi semasa wawancara dengan AFP di galerinya di Khartoum. – AFP
    Antara lukisan yang dibuat Mutaz Al-Fateh. – AFP
    Mutaz Al-Fateh menunjukkan antara bahan semula jadi yang digunakannya untuk mengekstrak warna. – AFP

    ‘Warna-warna yang menakjubkan’

    Bagi kebanyakan orang, bahan ini hanyalah produk makanan, kata Fateh. “Tetapi kita boleh mengekstrak warna yang menakjubkan daripada produk berkenaan,” tambahnya.

    Fateh berkata dia mencampurkan ekstrak warna dengan gam arab dan bahan organik lain untuk memastikan ketahanannya pada permukaan.

    Artis itu telah menggunakan resipi khasnya untuk mencipta cat uniknya selama bertahun-tahun, menghasilkan pelbagai pilihan lukisan.

    Seninya yang tenang kelihatan jauh berbeza daripada aktivitinya tiga tahun lalu, apabila Fateh adalah antara artis yang melukis slogan jalanan di dinding semasa duduk beramai-ramai di luar ibu pejabat tentera di Khartoum.

    Walaupun begitu, Fateh menggunakan cat semula jadinya untuk mengecat dinding. Mural jalanan itu menyokong bantahan besar-besaran untuk menamatkan pemerintahan tiga dekad presiden Omar al-Bashir, yang akhirnya digulingkan pada April 2019.

    “Mural saya di sana membawa slogan ‘Kebebasan, Keamanan, Keadilan’ tetapi ia telah banyak dibuang sejak itu,” katanya. “Saya tidak boleh membuat semula mural ini pada masa kini, saya cuba tetapi saya dihalang.”

    Pergolakan politik semakin memuncak di Sudan sejak beberapa tahun lalu, terutama berikutan rampasan kuasa tentera yang diketuai oleh ketua tentera Abdel Fattah al-Burhan Oktober lalu.

    Rampasan kuasa 2021, salah satu daripada beberapa yang telah menggegarkan Sudan sejak kemerdekaannya, diikuti oleh gelombang kenaikan harga barangan asas yang mendadak termasuk makanan, bahan api, elektrik dan keperluan lain.

    Fateh berkata caranya mengekstrak warna untuk membuat cat adalah cara yang baik untuk bakal artis di Sudan mengurangkan kos bahan mahal.

    “Bahan semula jadi yang saya gunakan sangat murah,” katanya. “Ia boleh didapati secara meluas di pasaran, malah ada yang boleh diperoleh secara percuma.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...