Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pelumba basikal Sukma Terengganu sertai 20 perlumbaan

    KUALA TERENGGANU, 14 APRIL – Pasukan berbasikal Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu akan menyertai 20 siri perlumbaan di Belgium selama sebulan bermula akhir bulan ini. 

    Ketua Jurulatih Berbasikal Terengganu, Syed Mohd Husaini Syed Mazlan berkata ia merupakan persiapan terakhir ke temasya sukan terbesar itu pada 29 September hingga 8 Oktober ini di Kuala Lumpur.

    Beliau berkata bahawa sembilan pelumba terpilih akan berlepas ke Belgium pada Sabtu ini untuk menyertai perlumbaan yang berintensiti tinggi, kompetitif serta mencabar pada bulan puasa.

    “Kita akan sertai lebih kurang 20 perlumbaan di sana dan ada daripadanya berstatus Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang turut disertai pelumba profesional.

    “Tugas membimbing pasukan di sana akan diserahkan kepada jurulatih Anuar Manan yang kita sedia maklum sangat berpengalaman luas dalam perlumbaan di negara Eropah,” katanya ketika dihubungi hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...