Pelumba Cub Prix bakal terima gaji

KUALA LUMPUR, 16 JUN – Pemegang taruh utama Kejohanan Cub Prix Malaysia telah memutuskan untuk merombak sistem pembayaran semasa kepada pelumba acara itu dengan menggantikannya dengan elaun perlumbaan yang menyaksikan sistem gaji minimum secara bulanan.

Menurut kenyataan promoter perlumbaan Cub Prix iaitu Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd, keputusan itu dicapai semasa mesyuarat antara prinsipal pasukan CP150 pada awal minggu ini bagi membantu pelumba Cub Prix terutama dalam kelas CP150 yang paling teruk terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Buat masa ini, pembaharuan akan ditumpukan hanya kepada kelas CP150 kerana ini adalah kelas profesional yang menyaksikan tugas pelumba sepenuh masa adalah berlumba,” kata jurucakap kumpulan itu, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini. – Bernama