Pelumba negara dapat ‘lampu hijau’ beraksi di Sepanyol

KUALA LUMPUR, 22 JUN – Pelumba negara yang menyertai Kejohanan Dunia MotoGP telah mendapat ‘lampu hijau’ daripada kerajaan untuk beraksi di Jerez, Sepanyol.

Prinsipal pasukan PETRONAS Yamaha SRT Datuk Razlan Razali berkata, berita gembira tersebut telah dimaklumkan pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini, namun pihaknya perlu menunggu surat rasmi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terlebih dahulu.

“Kelulusan diberikan kepada pelumba Petronas Yamaha SRT dari Malaysia dan juga pelumba negara dari pasukan lain, yang terlibat dengan kejohanan dunia di Jerez itu. – Bernama