Sunday, December 15, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelumba Petronas langkah kanan

    KUALA LUMPUR, 18 OKT – Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) – Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli meningkatkan peluang menamatkan perlumbaan di podium, selepas kedua-dua mereka bermula di barisan hadapan dalam perlumbaan GP Aragon di Litar Aragon Sepanyol hari ini.

    Pada sesi kelayakan hari ini, pendahulu Kejuaraan MotoGP Quartararo, menunjukkan tunggangan sensasi selepas mencatatkan masa terpantas 1 minit 47.076 saat, sekali gus menduduki petak hadapan buat kali keempat musim ini.

    Terdahulu sewaktu sesi latihan ketiga, Quartararo terlibat dalam kemalangan dan telah dikejarkan ke pusat perubatan, namun diistiharkan sihat oleh pegawai perubatan, selepas tidak mengalami sebarang kecederaan teruk pada dirinya.

    Sebelum ini pelumba Perancis berusia 21 tahun itu, mrnmengungguli petak pertama dua kali berturut-turut di GP Sepanyol dan GP Andalusia di Litar Jerez, selain di GP Perancis di Litar Le Mans. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda