Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Pelumba Yamaha umum bersara dari MotoGP

    PARIS, 5 OGOS – Naib juara bertahan sebanyak tiga kali MotoGP, Andrea Dovizioso, mengumumkan kelmarin akan bersara dari MotoGP pada bulan depan selepas perlumbaan San Marino Grand Pix.

    Dovizioso telah menjuarai sebanyak 24 perlumbaan dalam pelbagai kategori dan kejuaraan dunia 125cc pada tahun 2004, namun menyatakan hasratnya untuk meninggalkan kerjaya pelumba motosikal selepas sekadar berada pada kedudukan ke-22 pada carta pelumba terbaik musim ini. Penunggang motosikal pasukan Jepun, Cal Crutchlow akan menggantikan Dovizioso selepas perlumbaan San Marino Grand Pix dalam enam lagi pusingan perlumbaan tersebut.

    Pengarah Urusan Yamaha, Lin Jarvis, menghargai kehandalan, pengalaman dan bakat semulajadi Dovizioso hingga menawarkan pelumba motosikal itu satu perjanjian kontrak sehingga akhir tahun 2022.

    “MotoGP kini sudah banyak berubah,” kata Dovizioso dalam satu kenyataan.

    “Sebelum ini pun saya juga sering berkata, seandainya saya tidak lagi kompetitif dalam perlumbaan, saya akan berhenti berlumba,” ujarnya.

    Andrea Dovzioso pernah berlumba untuk Honda dari tahun 2008 hingga 2011, perlumbaan pertama bersama Yamaha pada tahun 2012 dan kemudian bersama dengan Ducati hingga tahun 2020. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...