Friday, August 19, 2022
24.2 C
Brunei

Peluncur cilik curi tumpuan

-

SHIJIAZHUANG, CHINA, 19 NOV – Ketika musim salji bermula, penggemar ski dan papan luncur tidak sabar ke trek Chongli di China, antaranya ialah anak damit berusia 11 bulan, Wang Yuji yang masih belum berapa pandai berjalan.

Video anak damit perempuan itu meluncur turun dari bukit di atas papan luncur telah tular di internet baru-baru ini, menarik perhatian ramai.

Fan Xueyin, ibu kepada anak damit itu, memberitahu Xinhua dalam satu temu bual ekslusif bahawa ia merupakan kali pertama Yuji meluncur salji. “Kami suami isteri lahir dalam 80an, dan tinggal di Beijing dan bekerja sebagai pereka dan dalam industri internet,” katanya.

Meskipun bukan atlet profesional, kedua-duanya suka sukan luar – berbasikal, berkhemah dan maraton dengan harapan satu hari ia merangsang minat anak damit perempuan mereka.
Walaupun sukan luncur papan mungkin terlalu awal bagi anak damit itu, kecergasan Yuji membolehkan kanak-kanak itu mampu melakukannya dengan baik.

“Pada mulanya kami mahu dia mencuba apabila dia besar sedikit, namun dia benar-benar menyukainya, tidak takut dan seronok melakukannya,” kata Fan. – ANN/China Daily

Aksi Yuji seronok bermain papan luncur mencuri tumpuan dalam video yang tular baru-baru ini. – ANN/China Daily
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -