Thursday, February 9, 2023
22.8 C
Brunei

-

Peluru berpandu Yaman berjaya dipintas

RIYADH, 28 Julai – Satu peluru berpandu balistik yang ditembak oleh pemberontak Yaman dijatuhkan lewat semalam berhampiran Mekah di Arab Saudi, sebulan sebelum jemaah menunaikan ibadat haji tahunan di tapak paling suci Islam, kata gabungan tentera Arab yang bertempur di Yaman.

Peluru berpandu itu dipintas 69 kilometer dari selatan bandar di barat Arab Saudi, kata gabungan dalam satu kenyatan, menggelarnya ‘satu percubaan terdesak oleh pemberontak Syiah Huthi untuk menggangu mereka yang menunaikan haji, yang bermula pada akhir Ogos.

Serangan peluru berpandu balistik yang berlaku sekali-sekala, serta tembakan roket jarak dekat yang lebih kerap di selatan sempadan, telahpun dilakukan sebelum ini selepas serangan udara gabungan ke atas pemberontak di Yaman dan bukan kali pertama pemberontak telah menembak ke arah Mekah.

Pada Oktober, mereka melancarkan salah satu serangan paling jauh ke atas Arab Saudi, menembak peluru berpandu balistik yang dijatuhkan berhampiran bandar suci itu, satu serangan yang dikecam oleh sekutu Teluk Riyadh.

Namun serangan baru itu dipercayai menimbulkan satu ancaman sebelum Haji, apabila dua juta jemaah dari seluruh dunia akan mengunjungi tempat itu.

Pemberontak Huthi dan sekutu mereka, bekas anggota keselamatan Yaman yang dikaitkan dengan bekas presiden Ali Abdullah Saleh, memulakan serangan balas ke atas negara itu dua tahun lalu.

Gabungan pimpinan Saudi campur tangan di negara itu pada Mac 2015 untuk menyokong Presiden Abedrabbo Mansour Hadi, yang berkata pemberontak disokong oleh musuh ketat serantau Iran.

Perang tersebut telah membunuh lebih daripada 8,000 orang dan mencedera 44,500 sejak Arab Saudi dan sekutunya menyertai konflik itu.

Hampir dua juta kanak-kanak Yaman tidak seimbang pemakanannya dan kombinasi perang, kelaparan dan kolera yang dahsyat telah meninggalkan negara amat memerlukan bantuan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengingatkan pada minggu ini. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas Pesawat Boeing 737, 2 Juruterbang selamat

PERTH, AUSTRALIA, 7 FEB - Dua juruterbang terselamat, hanya cedera ringan selepas pesawat Boeing 737 yang dihantar untuk memadam kebakaran terhempas di Australia, kata...
- Advertisment -