KARACHI, 27 SEPT – Sebutir peluru pelancar roket didakwa meletup secara tidak sengaja di sebuah rumah di kampung terpencil di selatan Pakistan hari ini, membunuh sekurang-kurangnya lapan orang, termasuk wanita dan kanak-kanak, kata polis.
Sekurang-kurangnya dua orang turut cedera dalam letupan di selatan wilayah Sindh, kata ketua polis wilayah, Rahil Khoso.
Penyiasat percaya ahli keluarga membawa pulang peluru yang tidak meletup itu selepas menemuinya di ladang terbuka berdekatan. Letupan sedemikian sering berlaku apabila orang ramai cuba membuka peluru yang tidak meletup untuk dijual sebagai besi buruk. – AP
