Oleh Salawati Haji Yahya
Gambar Muiz Matdani
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Okt – Pengetua dan guru besar sekolah memainkan peranan penting dalam menterjemah dan melaksanakan dasar pendidikan negara bagi Kementerian Pendidikan di peringkat sekolah.
Pemangku Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar berkata, selaku sumber rujukan dan inspirasi bagi memperkukuhkan semangat, moral serta menanam nilai murni, mereka juga mempunyai tanggungjawab yang amat penting dalam mempengaruhi kejayaan para pelajar sesuai dengan aspirasi Dasar Pendidikan Negara yang bercalakkan falsafah Melayu Islam Beraja.
“Pengetua dan guru besar adalah pemain utama, enjin atau pemacu dalam melaksanakan perubahan, inisiatif dan dasar yang dirancang oleh kementerian ke arah merealisasikan hasrat kerajaan,” kata beliau pada Majlis Penyampaian Surat Lantikan dan Pertukaran Pemimpin-pemimpin Sekolah bagi tahun 2018 di Universiti Teknologi Brunei, hari ini.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)