Pemain amatur snuker tak layak bertanding – Murphy

LONDON, 24 NOV – Shaun Murphy berkata ‘pemain amatur tidak harus dibenarkan menyertai kejohanan profesional’ berikutan kekalahan yang mengejutkan 6-5 oleh Si Jiahui dari China dalam pusingan pertama Kejohanan Snuker UK.

Murphy, pemenang kedua dalam Kejohanan Dunia tahun ini, bangkit daripada 5-1 hanya ditewaskan oleh pemain amatur Si, 19 tahun.

Murphy, yang memenangi gelaran kedua paling penting snuker UK pada 2008, berasa tidak kagum, dengan pemain berusia 39 tahun itu memberitahu BBC Radio Five: “Saya mungkin kedengaran seperti orang tua perengus tetapi orang muda itu tidak harus berada dalam kejohanan.’

Bagaimanapun, Jelajah Snuker Dunia memberi respons dengan berkata dalam satu kenyataan bahawa sementara mereka menghormati pendapat Murphy, mereka ‘tidak bersetuju’ dengan komennya dan menambah Si, walaupun seorang amatur, berhak meraih kemenangan berdasarkan keputusannya.

Si menarik diri dari jelajah utama pada akhir musim lalu dan menyertai kejohanan 128 pemain di York, utara England, sebagai pemain amatur.

“Saya rasa amat tidak adil disebabkan saya tewas kepada seseorang yang tidak harus berada dalam bangunan ini,” kata Murphy, juara dunia 2005, selepas perlawanan yang berakhir sejurus sebelum tengah malam waktu tempatan semalam. “Ini adalah mata pencarian kami. Kami adalah individu bekerja sendiri. Pada pendapat saya, adalah salah untuk bertembung dengan seseorang yang tidak bermain dengan tekanan yang sama dengan saya.

“Saya bukan menyasarnya sebagai seorang pemain muda. Dia layak memperoleh kemenangannya. Amatur tidak patut dibenarkan dalam kejohanan profesional.”

Namun Jelajah Snuker Dunia menambah: “Ramai pemain elit amatur seperti Si Jiahui berlatih dan bertanding sepenuh masa dalam harapan menjamin satu tempat dalam jelajah, dengan itu mereka bertanding tanpa tekanan besar.” – AFP

Pemain China Chen Zifan membuat pukulan semasa perlawanannya menentang rakan senegara Zhou Yuelong pada Kejohanan Snuker UK di York Barbican, York, England pada 23 November 2021. – AP