Pemain Badminton bantu golongan memerlukan

Bagi meringankan bebanan penduduk yang kurang berkemampuan, Pemain Badminton Veteran Dewan Setenaga Kampung Tanjong Nangka telah mengadakan majlis penyampaian derma kepada beberapa orang penduduk terpilih di Dewan Setenaga kampung berkenaan, baru-baru ini.

Majlis yang dihadiri oleh pemangku ketua kampung berkenaan, Haji Hamdan bin Haji Ajak selaku tetamu khas itu turut diselajurkan dengan majlis tahlil dan membaca Doa Arwah kali ke-2.

Selain itu, acara juga bertujuan bagi mengeratkan silaturahim di antara para pemain dan penduduk kampung berkenaan. – Gambar serahan Pemain Badminton Veteran