Sunday, December 4, 2022
31.7 C
Brunei

-

Pemain biadap The Blues dihantar pulang

LONDON, 26 Julai – Chelsea menghantar pulang pemain bintangnya Kenedy (gambar) daripada jelajah pra-musim di Asia sebagai hukuman selepas membuat kenyataan biadap di laman media sosial membabitkan China.

Pertahanan Brazil berkenaan dihalang daripada menyertai jelajah berprofil tinggi itu sebagai usaha Chelsea mengelak daripada terus diaibkan apabila siaran laman media sosial itu menimbulkan kemarahan penduduk negara terbabit.

Pemain berusia 21 tahun itu meletakkan dua video di Instagram dengan petikan kata-kata kesat berbunyi ‘F**k you China’ dan gambar seorang pengawal keselamatan yang tidur berserta petikan ‘Bangun China. Bahlul.’

Kenedy memaparkan kenyataan itu sebelum aksi persahabatan bertemu Arsenal di Beijing dengan dia diejek oleh penyokong pada perlawanan yang berakhir dengan kemenangan 3-0 buat skuad The Blues.

Chelsea sudah mengemukakan permohonan maaf dan mengakui tindakan Kenedy sudah ‘menimbulkan rasa sakit hati dan menyakiti perasaan rakyat China.’

Kenedy yang diikat daripada Fluminese dengan nilai perpindahan 6 juta pound sterling (RM33 juta) pada 2015 menyertai pasukan Chelsea ke Singapura dan menjalani latihan bersama skuad itu hujung minggu lalu.

Dengan Kenedy yang dilihat memalukan negara China, laporan menyatakan Chelsea kini dipaksa menggugurkan pemain itu daripada persiapan pra musim memandangkan The Blues perlu menjaga reputasi pasukan itu dan mengekalkan kedudukan mereka di pasaran Asia yang begitu lumayan.

Skuad bimbingan Antonio Conte itu sudah beraksi bertemu Bayern Munich malam tadi dan akan menentang Inter Milan pada Sabtu dan Conte sudah pasti akan berdepan pelbagai persoalan membabitkan perilaku Kenedy dan laporan mengenai penghantaran pulang pemain itu. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -