Pemain bola sepak capai persetujuan

PARIS, 8 APRIL – Pemain dan kelab bola sepak di Perancis di liga divisyen dua teratas telah mencapai persetujuan mengenai pemotongan gaji ‘sementara’ ketika krisis koronavirus, kesatuan pemain kebangsaan (UNFP) berkata kelmarin.

“Kami telah meluluskan rekomendasi tersebut pagi tadi,” presiden UNFP, Philippe Piat memberitahu AFP.

“Ideanya ialah pemain akan memindahkan sebahagian dari gaji mereka pada bulan April untuk membolehkan kelab untuk menanganinya,” semasa apa yang dipanggilnya sebagai ‘situasi kesihatan dramatik’.

Wakil kelab dan permain bersetuju dengan ‘rekomendasi’ yang mana pemain bola sepak menerima pemotongan gaji sementara, yang mana mereka akan menerima sebaik sahaja wang dari hak siaran TV telah dilunaskan.

Penyiaran Canal+ dan beIN Sports telah buat sementara waktu ini menggantungkan pembayaran, sumber utama pendapatan, selepas musim ini diberhentikan bulan lalu.

Pemotongan gaji akan dikira bermula dengan 20 peratus bagi penerima tertinggi – yang memperoleh pendapatan sebanyak 10,000 euro sebulan – berdepan dengan pemotongan gaji sebanyak 50 peratus.

Pemain yang menerima kurang dari 10,000 euro tidak akan terjejas.

Di bawah peraturan undang-undang buruh Perancis pengaturan itu tidak dapat dikuatkuasakan secara sah, walaupun Presiden UNFP menjangka ‘majoriti besar tidak akan membantah’ perjanjian itu. – AFP