Pemain bola sepak Laos digantung seumur hidup

KUALA LUMPUR, 30 JULAI – Seorang pemain bola sepak pasukan kebangsaan Laos telah dikenakan larangan seumur hidup kerana kesalahan mengatur perlawanan, kata badan pengelola sukan di Asia hari ini, merupakan pemain ketiga dari pasukan itu digantung dalam beberapa bulan terakhir.

Thipphonexay Inthavongsa didapati bersalah kerana bersubahat untuk memanipulasi perlawanan persahabatan pada bulan Oktober 2017 antara Hong Kong dan Laos.

Sebuah panel tatatertib bagi Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menggantung Inthavongsa dari mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti berkaitan bola sepak seumur hidup, kata badan itu dalam satu kenyataan.

Ia tidak mendedahkan secara terperinci mengenai kesalahan itu tetapi mengatakan bahawa Persekutuan Bola Sepak Laos telah dimaklumkan mengenai keputusan itu dan AFC akan meminta FIFA untuk melanjutkan larangan itu ke seluruh dunia.

Mengatur perlawanan telah membuktikan masalah besar di Laos sebelum ini.

Pada bulan Februari lalu pemain pasukan kebangsaan, Khampheng Sayavutthi dan Lembo Saysana didapati melakukan kesalahan yang sama dalam perlawanan yang sama tahun 2017 dan juga digantung dengan larangan seumur hidup. – AFP