Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Pemain bola sepak wanita sasar matlamat tinggi

    HAIKOU – Bola sepak adalah antara sukan yang dikenali oleh masyarakat di setiap pelosok dunia dan ia tidak asing sukan tersebut juga dimainkan oleh golongan wanita.

    Bagi skuad bola sepak wanita dari Qiongzhong Li, daerah autonomi Miao di Wilayah Hainan, selatan China, para pemain memulakan hari mereka dengan menjalani latihan bola sepak selama sejam di padang dan kemudian pergi ke sekolah selepas itu.

    Pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan untuk skuad bola sepak wanita di daerah berkenaan berupa bantuan kewangan, pendidikan kepada setiap pemain, selain makan dan minum yang cukup serta menyediakan tempat tinggal secara percuma bagi meringankan beban kewangan keluarga pemain.

    Sebelum ini, golongan wanita di daerah tersebut mungkin hanya memikirkan untuk berkahwin ataupun bekerja sehingga mereka harus meninggalkan rumah seperti yang terjadi kepada kebanyakan rakan-rakan pemain skuad wanita berkenaan tetapi kini mereka lebih memilih kehidupan yang berbeza.

    Sejak pasukan bola sepak wanita Qiongzhong yang pertama ditubuhkan pada 2006, lebih 30 orang wanita yang tinggal di kawasan pedalaman diterima masuk ke kolej melalui sukan.

    Antara ahli pasukan bola sepak wanita Qiongzhong bawah 15 tahun semasa menghadiri pembelajaran mata pelajaran Inggeris. – Xinhua
    Huang Weiwei semasa mengetuai pasukannya untuk melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas sesi latihan di padang sekolah menengahnya itu. – Xinhua

    Bangunan kelab pasukan bola sepak wanita Qiongzhong di Qiongzhong Li dan Daerah Miao, di Wilayah Hainan, selatan China. – Xinhua

    Di Qiongzhong, hanya beberapa orang perempuan sahaja yang pernah memasuki sekolah hingga ke peringkat menengah atau ke peringkat kolej. Perkara tersebut berlaku disebabkan oleh ekonomi negara meningkat dengan kadar yang perlahan dan berlainan pendapat daripada masyarakat.

    Selepas menjalani latihan keras bertahun-tahun, pasukan itu berjaya memenangi beberapa perlawanan peringkat kebangsaan dan menjulang Piala Gothia, kejohanan bola sepak belia terbesar di dunia, buat tiga tahun berturut-turut dari 2015 hingga 2017.

    Salah seorang pemain skuad tersebut, Huang Weiwei adalah seorang pemain bintang yang telah dinamakan sebagai penjaring gol terbanyak beberapa kali. Remaja berusia 14 tahun itu berasal dari sebuah perkampungan kecil di Qiongzhong dan kini belajar di sekolah menengah.

    Dia memberitahu bahawa tempat tinggalnya jauh dari kawasan bandar, dan ayahnya selalu menghantar Huang ke sekolah dengan motosikal yang mengambil masa selama sejam setengah.

    Enam tahun lalu sebelum Huang menyertai skuad bola sepak daerah tersebut, seorang jurulatih telah datang ke sekolah rendahnya ketika dia berumur lapan tahun dan menyaksikan kebolehannya dalam bermain bola sepak.

    Sejak itu, kehidupan anak gadis itu mula berubah, apabila dia dimasukkan ke salah sebuah sekolah terbaik yang menyediakan latihan yang berkualiti tinggi dengan menerapkan kursus-kursus yang khas untuknya.

    Sepanjang penyertaan Huang dalam skuad berkenaan, dia telah dibawa mengembara ke Sweden, Denmark dan Norway, serta beberapa buah bandar seperti Shanghai, Beijing dan Hangzhou.

    Menurutnya, sukan bola sepak telah menambahkan lagi pengalamannya.

    Huang memberitahu rahsia kejayaan pasukannya yang berjaya memenangi beberapa kejohanan adalah disebabkan hasil usaha keras mereka.

    Sementara itu, kedua ibu bapanya merasa bangga kerana dia satu-satunya anak perempuan mereka yang pernah bermain bola sepak di negara lain.

    Huang menjelaskan bahawa dengan bermain bola sepak, ia meningkatkan peluangnya memasuki universiti yang mana sejajar dengan sasarannya untuk menjadi pemain yang terpilih menyertai pasukan bola sepak kebangsaan suatu hari nanti.

    Sebelum ini, ibu bapanya tidak mengetahui peraturan sukan tersebut tetapi kini, mereka telah menjadi penyokong terbesar kepada anak perempuan mereka.

    “Kami sering menonton perlawanan anak kami di televisyen. Ayahnya dan saya pernah pergi ke perlawanan bola sepak antarabangsa di pusat bandar untuk menyokong anak kami,” kata ibunya, Wei Zhuqin.

    Sementara itu, Chen Xin berumur 28 tahun merupakan seorang jurulatih bola sepak yang ditugaskan untuk melatih rakan sekelas Huang. Dia merupakan pemain daripada kumpulan pertama pasukan bola sepak Qiongzhong.

    Chen Xin turut mengongsikan tentang kehidupannya sebelum menjadi jurulatih bola sepak, dia telah menamatkan pembelajarannya dalam pendidikan jasmani di kolej sehingga ia memutuskan untuk kembali ke kampung halamannya untuk mengejar cita-citanya.

    Dia juga turut meluahkan rasa bernasib baik kerana sukan bola sepak telah membantunya dalam mencari tujuan hidup dan sekarang dia ingin mendapatkan pekerjaan dalam bidang pendidikan.

    Perlawanan bola sepak Piala Antarabangsa Hainan Qiongzhong telah diadakan pada 2019, dengan kira-kira 400 orang pemain daripada 21 buah pasukan mewakili 17 negara dan wilayah.

    Dengan ratusan ribu penduduk daerah hadir menyaksikan perlawanan tersebut. Disebabkan perkara itu, seluruh dunia mula menyedari mengenai daerah kecil tersebut dan skuad bola sepak wanitanya.

    Sebuah kelab bola sepak profesional kini sedang dibangunkan, dan beberapa buah sekolah di Hainan sedang mencari untuk bekerjasama dengan sekolah tempatan bagi membina kelas bola sepak khusus. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...