Pemain Bulgaria cedera dalam kemalangan bas

TBILISI, GEORGIA, 12 JUN – Pasukan bola sepak Bulgaria terlibat dalam kemalangan bas di Georgia sebelum perlawanan Liga Negara-Negara mengakibatkan seorang pemain memerlukan rawatan rapi, menurut laporan UEFA, kelmarin.

“Sememangnya ada kejadian kemalangan berlaku dan seorang pemain mengalami kecederaan. Dia sekarang berada dalam ICU namun dalam keadaan stabil,” menurut kenyataan yang dikeluarkan UEFA.

“Berikutan itu, perbincangan telah diadakan antara kedua-dua pasukan dan bersetuju untuk bermain dalam perlawanan yang telah dijadualkan iaitu hari ini.”

Kemalangan tersebut berlaku pada malam Jumaat yang lalu selepas pasukan berkenaan tiba di Georgia dan terlibat dalam kemalangan dua buah bas yang membawa para pemain, menurut Persatuan Bola sepak Bulgaria (BFU).

Penyerang tengah, Todor Nedelev menjalani pembedahan kerana kecederaan kepala, dan pemain serta kakitangan lain tidak mengalami kecede-raan, tambah BFU. – AP

Gambar fail menunjukkan pemain Wales dan Bulgaria dalam perlawanan Liga Negara-Negara UEFA di Bulgaria, 14 Oktober 2020. – AP