Pemain DC United positif COVID-19

WASHINGTON, 14 JUN – Seorang pemain yang tidak didedahkan namanya di Major League Soccer (MLS), D.C. United telah disahkan positif COVID-19 dan sekarang pemain itu berada dalam pengasingan diri ketika skuad bersiap sedia untuk kembali menjalani latihan penuh bersama pasukan.

D.C. United mengumumkan kelmarin semasa hasil keputusan daripada ujian COVID-19 yang diwajibkan pada minggu lalu dikeluarkan sebelum kelab beralih dari latihan individu ke latihan secara berpasukan setelah penutupannya disebabkan wabak COVID-19.

Liga menghentikan perlawanan liga pada bulan Mac lalu setelah hanya dua minggu perlawanan dijalankan tetapi MLS merancang untuk kembali semula di Orlando bulan depan dengan semua 26 pasukan bermain dalam kejohanan mengikut format Piala Dunia.

Pemain United yang disahkan positif itu bukan antara mereka yang mengambil bahagian dalam protes tunjuk perasaan pada hujung minggu lalu di stadium kelab untuk menyokong pergerakan ‘Black Lives Matter’, kata pasukan itu. United, bekas kelab lama bintang England dan Manchester United, Wayne Rooney, masih menunggu lampu hijau dari liga dan pegawai kerajaan tempatan untuk meneruskan latihan secara berpasukan. – AFP

Bola sepak MLS di Stadium Audi Field, Washington, DC. Pemain yang tidak dikenali dari D.C. United disahkan positif COVID-19 dan dalam pengasingan diri ketika skuad bersiap sedia untuk kembali menjalani latihan berpasukan. – AFP