Pemain diberi pilihan untuk gunakan kedi

MIAMI, 22 MEI – Pemain-pemain LPGA akan dibenarkan membuat keputusan sama ada mereka akan menggunakan khidmat kedi apabila jelajah berlangsung di tengah-tengah pandemik koronavirus.

Pemain-pemain akan diberikan pilihan untuk membawa beg golf mereka sendiri bagi baki musim 2020, sebagai sebahagian daripada garis panduan keselamatan Jelajah LPGA, Golf Channel melaporkan kelmarin.

Jelajah yang dijadualkan akan disambung semula pada 23 Julai di Marathon Classic di Sylvania, Ohio.

Ramai pemain tidak mahu menggunakan perkhidmatan kedi yang sama bagi keseluruhan musim jadi kejohanan sering menyediakan kedi tempatan.

“Ia adalah pilihan sementara untuk mengelakkan situasi kedi tempatan di mana pemain mungkin mempunyai kebimbangan mengenai masalah kesihatan dengan seseorang yang mereka tidak kenali,” kata jurucakap jelajah, Kelly Schultz. – AFP

Pemain-pemain LPGA akan dibenarkan membuat keputusan sama ada mereka akan menggunakan khidmat kedi apabila jelajah berlangsung. – AFP