Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Pemain diharap kekal cergas’

    LONDON, 15 MAC – Pengurus Newcastle, Steve Bruce telah memberitahu para pemainnya untuk tinggal di rumah sementara Liga Perdana Inggeris (EPL) menangguhkan perlawanan.

    EPL mengumumkan bahawa semua perlawanan akan ditangguhkan sehingga 3 April atas kebimbangan mengenai penularan wabak yang membawa maut itu.

    Bruce berkata Newcastle telah melakukan langkah berjaga-jaga demi menghadapi wabak COVID-19 ketika kerajaan bertindak selepas pengurus Arsenal, Mikel Arteta dan pemain tengah Chelsea, Callum Hudson-Odoi diuji positif virus itu.

    Ia telah melibatkan pemain-pemain dikuarantin di rumah dan mengekalkan kecergasan mereka.

    Bruce, yang sepatutnya menentang Sheffield United Sabtu lalu berkata “Kami telah menetapkan program-program untuk mereka bersedia.

    “Saya fikir itu adalah apa yang doktor syorkan. Sehingga hari ini, kami fikir kami baik-baik saja untuk bermain hujung minggu, tetapi apabila berita itu keluar (mengenai Arteta), jelas keadaan telah berubah.

    “Apabila kita mendengarnya, dan Leicester dan kini Chelsea, kita tahu perkara-perkara itu akan berlaku.

    “Kami telah bercakap mengenai apa yang akan berlaku sekiranya semuanya digantung selama dua minggu, empat minggu. Pelan ini adalah bagi pemain untuk pergi dengan program masing-masing, untuk membawa mereka dari sini, kerana kami berada bersama satu sama lain.

    “Terdapat 70 atau 80 di dalam ruang terkurung, sekiranya salah seorang daripada mereka dijangkiti ketika berada jauh dari tempat latihan dan kemudian kembali, jelas akan menjadi masalah. – AFP

    Bruce berkata Newcastle telah melakukan langkah berjaga-jaga demi menghadapi wabak COVID-19. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda