Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Pemain golf Brunei pamer aksi cemerlang

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JULAI – Pemain golf kebangsaan Brunei Darussalam, Awangku Muhd Syakir bin Pengiran Haji Alli mempamerkan aksi terbaik pada pusingan ketiga dan terakhir Kelayakan Terbuka 3M selepas mencatat mata terendah dengan lapan di bawah 64 di Pattaya, Thailand hari ini.

    Manakala Mohammad Qawim Fakhri bin Haji Aslimon yang merupakan salah seorang daripada lima orang pemain golf tempatan dalam kejohanan itu, juga mencatatkan mata keseluruhan terbaik dalam kalangan rakan senegaranya dengan jumlah dua di atas 218.

    Mohammad Qawim turut menduduki tempat kelima keseluruhan dalam pertemuan yang berlangsung selama tiga hari itu. Kejohanan dimenangi oleh Thaya Limpipolpaibul dari Thailand selepas mencatat 15 di bawah 201.

    Awangku Muhd Syakir mengakhiri perlawanan dengan markah tiga di atas 219, diikuti oleh Pengiran Wirahadikusuma bin Pengiran Haji Mohd Salleh dengan tujuh di atas 223, Mohd Aritz Maldini bin Haji Abdul Majid dengan 10 di atas 226 dan Bryan Chiew Chun Hao dengan 26 di atas 242.

    Persatuan Golf Brunei Darussalam (BDGA), Stesen Minyak Mar’azmala Trading dan Sonax Brunei telah bersama-sama memberikan tajaan kepada peserta sebagai sebahagian daripada strategi BDGA bagi mendedahkan dan memberi pengalaman kepada pemain golf elit Brunei sekali gus meningkatkan tahap daya saing mereka.

    Pemain golf kebangsaan Brunei Darussalam, Awangku Muhd Syakir (kiri) menerima hadiah selepas mencatat markah terendah dengan lapan di bawah 64 kelmarin. – Gambar serahan BDGA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...