Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Pemain Kelantan FC diingatkan waspada ancaman PJ City

    KOTA BHARU, 10 MAC – Pemain Kelantan FC diingatkan supaya tidak memandang rendah kemampuan Petaling Jaya (PJ) City FC pada pertemuan pertama Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Petaling Jaya, Selangor, Ahad ini.

    Ketua Jurulatih Kelantan FC Rezal Zambery Yahya berkata anak buahnya diminta untuk lebih berwaspada dengan ancaman taktikal pasukan tersebut.

    Menurutnya, meskipun tanpa pemain import, PJ City mempunyai pemain berkualiti di semua posisi, justeru akan memberi cabaran besar kepada anak buahnya.

    “Bola sepak seperti mana yang kita tahu, tidak boleh terlalu bergantung pada kelebihan di atas kertas. Apa yang lebih penting ialah kesungguhan pemain, semangat dan disiplin untuk mendapatkan kemenangan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Sebelum ini, pada aksi pembukaan Liga Super Sabtu lepas, PJ City telah menewaskan Melaka United 1-0.

    Selain itu, Rezal Zambery, yang mengakui bermain di tempat lawan akan memberi tekanan kepada pemain, tetap mengharapkan anak buahnya mampu mempamerkan aksi bertenaga untuk meraih kemenangan dan mara ke pusingan seterusnya.

    Katanya, pemilihan kesebelasan utama bagi pertemuan kalah mati dengan PJ City itu, akan ditentukan pada sesi latihan pasukan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...