Pemain legenda Sepanyol meninggal dunia

MADRID, 14 DIS – Manolo Santana, yang menjadi pemain Sepanyol pertama memenangi Wimbledon dan memberi inspirasi kepada kebangkitan negaranya, meninggal dunia pada Sabtu lalu pada usia 83 tahun.

“Terima kasih banyak-banyak atas apa yang awda lakukan untuk negara kami dan kerana telah membuka jalan kepada begitu ramai orang. Awda sentiasa menjadi tempat rujukan, rakan dan orang yang sangat rapat dengan semua orang,” tulis Rafael Nadal, seorang lagi pemain Sepanyol yang memenangi Wimbledon.

Santana memenangi empat gelaran perseorangan utama.

Dia memenangi Terbuka Perancis pada 1961 dan 1964, Terbuka AS di Forest Hills pada 1965 dan Wimbledon pada 1966.

“Saya seorang penceroboh di kalangan Anglo-Saxon,” kata Santana dalam temu bual dengan harian El Mundo pada 2016, 50 tahun selepas gelaran Wimbledonnya. – AFP