KUALA LUMPUR, 23 MEI – Pemain muda badminton Malaysia mempamerkan aksi yang memberangsangkan untuk meraih dua kejuaraan pada Kejohanan Badminton Antarabangsa Slovenia 2021 di Dras Centre, Maribor, kelmarin.
Pasangan beregu campuran, Choong Hon Jian-Toh Ee Wei merangkul kejuaraan pertama kelmarin selepas menewaskan pemain Indonesia, Muh Erwiansyah – Sofy Asharunnisa 21-18, 21-18 dalam pertarungan selama 32 minit.
Pasangan muda negara Malaysia berusia 20 tahun itu, menewaskan pasangan dari Denmark-Sweden, Kirstoffer Knudsen dan Malena Norrman 23-21, 21-17 dalam peringkat empat terakhir, pada pagi kelmarin untuk menempah tiket ke final.
Ia adalah kejuaraan antarabangsa kedua bagi pasangan yang menghuni ranking ke-263 dunia itu setelah memenangi Terbuka Poland dalam penampilan sulung mereka, Mac lalu. – Bernama