Pemain NBA berlutut sebelum perlawanan bermula

ORLANDO, 31 JULAI – Pemain dan jurulatih berlutut semasa lagu kebangsaan Amerika Syarikat (AS) dimainkan ketika musim NBA kembali semula di Disney World di Florida semalam.

Pemain Utah Jazz dan New Orleans Pelicans memakai jersi yang bertulis dengan slogan ‘Black Lives Matter’ berlutut serentak ketika lagu ‘Star-Spangled Banner’ dimainkan.

NBA kembali semula di Orlando semalam, empat bulan selepas liga ditutup pada bulan Mac lalu kerana wabak COVID-19.

Penyambungan musim NBA menyusuli tempoh menyelami jiwa mengenai isu perkauman dan kekejaman polis di Amerika Syarikat berikutan kematian seorang lelaki berkulit hitam tanpa bersenjata, George Floyd semasa ditangkap oleh polis pada 25 Mei di Minneapolis.

Ramai pemain NBA menyertai tunjuk perasaan tersebut terhadap pembunuhan itu bersama 50 negeri AS pada bulan Jun, dan perjuangan keadilan sosial telah berkembang menjelang permulaan liga.

Slogan ‘Black Lives Matter’ yang besar telah ditulis di setiap gelanggang, sementara pemain dibenarkan memakai jersi yang dihiasi dengan pesanan keadilan sosial. – AFP