Pemain Norwich positif COVID-19

LONDON, 14 JUN – Dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam mendedahkan bahawa dua individu telah disahkan positif COVID-19 dengan kelab Norwich mengesahkan pemain yang tidak disebutkan namanya adalah salah satunya.

“Norwich City telah mengesahkan bahawa salah satu pemainnya telah disahkan positif berikutan ujian COVID-19 baru-baru ini,” kata seorang jurucakap kelab.

“Sejajar dengan protokol EPL, pemain sekarang akan mengasingkan diri selama tujuh hari sebelum diuji lagi di kemudian hari.

“Kelab tidak akan menamakan pemain yang dimaksudkan itu dan merahsiakan identiti individu berkenaan atas permintaannya pada masa ini.”

Norwich akan meneruskan perjuangan mereka untuk bertahan dengan perlawanan menentang Southampton. – AFP